Nama Shah Alam wujud daripada nama Sultan Selangor yang ke-6, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Atiquallah. Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf dengan pengisytiharannya sebagai sebuah Bandar raya pada 10 Oktober 2000. Shah Alam terkenal dengan panggilan ‘Bandar Perindustrian’ kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya. Di sebalik kesibukan dan kepesatan pembangunan Shah Alam, terdapat pelbagai tarikan lokasi menarik untuk pengunjung dari luar dan juga penduduk setempat menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga. Jom kami kongsikan 10 tempat menarik di Shah Alam yang anda wajib singgah.
Berikut adalah antara 10 tempat menarik di Shah Alam
1. I-City Shah Alam
Kalau anda pernah dengar tentang I-City Shah Alam, mesti anda terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi anda tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.
Di dalam kawasan Snowalk ini anda dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Kalau anda teringin merasa hidup di dalam salji, inilah tempat yang patut anda pergi.
Keluar sahaja dari taman salji ini, ada banyak lagi tempat untuk berseronok seperti Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi. Gempak kan? Tunggu apa lagi? Mai lah ke sini!
Alamat: I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
2. Laman Seni 7, Shah Alam
Kalau anda pernah dengar tentang Art of Old Town di Ipoh, di Selangor pula terdapat Laman Seni 7 di mana hasil-hasil seni pelukis jalanan yang telah memenangi Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dari 4 kategori berbeza iaitu ‘Painting on Site’, ‘Street Furniture’, ‘3D Painting’ dan ‘3D Installation’ dipamerkan.
Karya-karya yang memenangi pertandingan-pertandingan ini diabadikan di Laman Seni 7 ini untuk dilihat oleh orang ramai. Di sebalik setiap hasil seni ini terdapat mesej-mesej penting yang cuba disampaikan, di sini, anda dapat membaca info dari perspektif pengkarya itu sendiri tentang apa yang cuba disampaikan melalui karya mereka.
Kalau anda suka berfotografi, apa kata anda angkut kamera dan lensa-lensa dan lihat sendiri keunikan tarikan ini.
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
3. Taman Botani Shah Alam
Apa yang menarik di Taman Botani Shah Alam adalah Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang mana di dalamnya terdapat bunga-bungaan yang ditanam dalam musim tertentu, musim-musim di rumah ini diubah setiap tiga bulan.
Walaupun kita duduk di negara yang tidak mengalami perubahan musim, sekurang-kurangnya dapatlah anda merasa suasana yang berlainan semasa anda berada di sini. Terasa agak realistik dengan teknik pencahayaan dan wallpaper yang digunakan untuk memberikan efek yang bersesuaian dengan musim tersebut.
Tarikan lain yang terdapat di sini adalah zoo mini, kawasan sawah padi, taman kaktus, taman buah-buahan tropika, taman herba, tasik dan kolam. Antara aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah seperti berbasikal, flying fox, memancing dan paintball.
Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam
Waktu Operasi:
- Taman: Selasa – Ahad (7.30 am – 5.00 pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum, Cuti Sekolah (Tutup)
- Rumah Iklim Sederhana Empat Musim: 7.30 am – 4.30 pm
Harga Tiket Taman Botani:
- Caj Konservasi: Dewasa RM3 | Kanak-Kanak RM1
- Harga Tiket Rumah Iklim Empat Musim:
- Dewasa: Musim Salji RM5 | Musim Lain RM3
- Kanak-Kanak (6 – 11 Tahun): Musim Salji RM3 | Musim Lain RM1
4. Taman Tema Air Wet World
Tak tahu nak buat apa pada musim cuti sekolah? Jom bawa anak-anak ke taman tema air Wet World Shah Alam di mana anda sekeluarga dapat bermain air sepuas hati.
Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti loker untuk menyimpan barang, tak perlulah anda bersusah hati fikirkan keselamatan barang-barang berharga anda, baru boleh enjoy. Kemudian, kalau dah penat mandi-manda, mesti terasa lapar kan? Ada beberapa pilihan gerai untuk anda membeli makanan di sini.
Kalau anda merancang untuk berjalan ke tempat lain selepas ke taman tema ini, jangan risau pasal rambut basah, pihak wet world turut menyediakan kemudahan alat pengering rambut supaya tak adalah anda pening kepala sebab terpaksa pakai tudung dengan rambut basah bagi yang berhijab.
Walaupun taman tema ini tidak sebesar Sunway Lagoon tapi ia tetap lengkap dengan segala kemudahan yang memastikan masa anda disana seronok dan selesa.
Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (10.00am – 6.00pm) | Tutup pada hari Rabu kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum
Harga Tiket: Dewasa (>130 cm) RM37 | Kanak-Kanak (90 – 130 cm) RM32 | Bayi Percuma
5. Taman Tasik Shah Alam
Taman tasik ini dibuka pada tahun 1985 dan direka oleh arkitek lanskap dari Jepun, Fumiaki Takano. Lanskap di taman tasik ini amat menyejukkan mata dan sangat sesuai dijadikan tempat berekreasi sambil bersantai bersama keluarga.
Anda dapat menenangkan fikiran melihat ketenangan air ditemani bunyi burung-burung yang terbang di langit. Siapa sangka di tengah-tengah kota pun terdapat kawasan yang setenang ini.
Tambahan pula, Di dalam taman tasik ini juga terdapatnya taman tema air, restoran terapung dan taman permainan kanak-kanak. Jadi kalau anda tiada apa-apa yang nak dibuat di hujung minggu dan mencari aktiviti percuma untuk dilakukan di Shah Alam, datanglah ke taman tasik ini, banyak yang boleh dibuat.
Alamat: Pesiaran Tasek, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
6. Shah Alam Extreme Park
Seperti namanya, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda beraktiviti lasak seperti bermain basikal BMX, skateboard, wall climbing, futsal dan paintball. Memang syok untuk bersantai dengan kawan-kawan yang satu kepala sambil beraktiviti di sini.
Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 11.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 11.00pm)
7. Skytrex Shah Alam
Lagi satu tempat di mana anda dapat memburu adrenalin anda adalah Skytrex Shah Alam. Terletak di Taman Pertanian Malaysia, anda dapat melakukan aktiviti ekstrem dengan udara segar kerana dikelilingi pokok-pokok hijau.
Antara aktiviti yang menanti anda di sini adalah flying fox, meluncur, bergayut dan macam-macam lagi dari pokok ke pokok, sebab itulah ia digelar SKY trekking. Syok apa dapat jadi tarzan sehari?
Skytrex Adventure ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dan digalakkan untuk anda membuat tempahan online. Aktiviti di sini sesuai untuk yang memiliki stamina yang tinggi ya, kalau tak, tak larat pula anda nak rasai semua cabaran-cabaran di sini, rugi je kan?
Apa-apa pun, kalau dapat mencuba sekali dalam seumur hidup beraktiviti lasak sebegini memang akan menjadi pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
- Selasa – Jumaat: Sesi Terawal (Bermula Pukul 9.00 am) |
- Sesi Terakhir (Bermula Pukul 2.00 pm)
- Sabtu, Ahad, Cuti Umum: Sesi Terawal (Bermula Pukul 8.30 am) | Sesi Terakhir (Bermula Pukul 3.00 pm)
Harga Tiket:
- Little Adventure (Beginner): Walk In RM50 / Online RM45
- Big Thrill (Intermediate): Walk In RM60 / Online RM55
- Extreme Challenge (Advanced): Walk In RM70 / Online RM65
8. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid yang dirasmikan pada tahun 1988 ini adalah masjid yang kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.
Nama lain bagi masjid ini adalah Masjid Biru kerana kubahnya yang berwarna biru. Senibina masjid ini adalah hasil kombinasi senibina tradisional Islam dari Barat, India, Asia Barat dan Melayu.
Ia juga pernah memegang rekod sebagai masjid yang memiliki menara yang tertinggi di dunia sehingga dimasukkan di dalam Guinness World Records, namun pada tahun 1993, masjid yang memiliki menara tertinggi adalah Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco.
Sultan Salahuddin, Sultan Selangor pada masa itu menyumbangkan jam antik yang berusia 600 tahun dan 4 buah lampu chandelier yang berharga lebih daripada 2 juta.
Rasanya kisah tentang masjid ini sudah cukup menarik perhatian anda untuk datang ke sini dan menyaksikan sendiri keindahannya dengan lebih dekat lagi.
Alamat: Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
9. Perpustakaan Raja Tun Uda
Info menarik mengenai perpustakaan awam ini
- Lengkap dengan 100 buah komputer & wifi untuk disewa pengunjung pada harga sangat murah. (Komputer pun jenis Apple).
- Kapasiti menyimpan 400,000 buah buku .
- Mampu menampung 2,500 pelawat dalam satu masa.
10. Muzium Sultan Alam Shah
Terletak di tengah Bandaraya Shah Alam, Muzium Sultan Alam Shah merupakan muzium negeri Selangor yang dibangunkan selepas penyerahan Kuala Lumpur kepada kerajaan pusat pada 1974. Muzium ini telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1989 dan dinamakan sempena Sultan Selangor ke-7 iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah. Muzium yang berukuran 135,000 kaki persegi ini merupakan pusat khazanah warisan negeri Selangor dan mempunyai hampir 4,000 buah artifak yang ditempatkan di lima balai pameran iaitu balai sejarah, balai kebudayaan, balai warisan alam semulajadi, balai sukan dan balai Islam. Selain itu bangunan muzium ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti bilik repositori, makmal konservasi, auditorium, dewan dan balai pameran sementara.
Kepelbagaian artifak dan pameran menarik yang terdapat di muzium ini membolehkan para pengunjung untuk menerokai lebih mendalam mengenai sejarah dan pembangunan negeri Selangor serta menghargai keindahan budaya yang menjadi warisan masyarakat tempatan di negeri Selangor khususnya.
Selain daripada koleksi dan artifak di balai-balai pameran, terdapat juga koleksi Muzium Sultan Alam Shah yang dipamerkan di luar bangunan muzium. Antaranya ialah kereta mantan Menteri Besar Selangor yang pertama, kereta perisai model Ferret, kepala dan gerabak Keretapi Tanah Melayu, sistem radar dan kapal terbang.
Jika anda berkunjung ke Shah Alam, boleh menginap di Hani Homestay yang kini berada di 4 lokasi sekitar seksyen 7 Shah Alam dan Setia Alam
Hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut :-